Ad Code

Chelsea Tewas Di Gelanggang Sendiri

Pasukan Atletico Madrid meraikan kemenangan

Atletico Madrid memastikan diri ke final Liga Juara-Juara selepas menang 3-1 atas Chelsea pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Stamford Bridge. Secara agregat, Los Colchoneros unggul 3-1 atas The Blues .

Pada persaingan kali ini , Jose Mourinho meletakkan enam pemain pertahanan Branislav Ivanovic, Gary Cahill , John Terry , Ashley Cole , David Luiz , dan Cesar Azpilicueta . Sedangkan di kubu Atletico , jurulatih Diego Simeone memasukkan skuad terbaiknya, tanpa Gabi Fernandez yang digantung permainan.

Chelsea berjaya menjaringkan gol pendahuluan melalui jaringan Torres pada minit ke - 36. Bermula aksi individu Willian dari sisi kanan dan kemudian bola membawa kepada Azpilicueta yang terus memberikan umpan silang yang disambut tendangan Fernando Torres. Gol tersebut tidak membuat Torres melakukan selebrasi kerana Atletico merupakan bekas kelab yang membesarkannya.

Keunggulan Chelsea bagaimanapun tidak bertahan lama apabila umpanan silang Juanfran gagal dibendung barisan pertahanan Chelsea dan bola disambar  Adrian yang menrobek gawang Chelsea sekaligus menutup babak pertama dengan jaringan 1-1 .

Untuk memastikan kemenangan demi meraih tiket ke babak final, Mourinho mula bermain menyerang. Samuel Eto'o dimasukkan menggantikan tempat Cole. Kemasukan Eto'o kembali memaksa Azpilicueta balik ke posisi bek kiri .

Namun, Eto'o malah membuat kesalahan dengan menghalang Diego Costa di dalam kotak penalti. Pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli terus memberikan hadiah penalti untuk Atletico yang disempurnakan sendiri oleh Costa.

Tertinggal 1-2 membuat Chelsea semakin sukar kerana pasukan Mourinho memerlukan dua gol untuk mara ke final .

Namun, bukan gol yang diperoleh. Justru gawang Schwarzer kembali bolos untuk ketiga kalinya pada minit ke - 71. Juanfran yang bebas di sisi kanan, memberikan umpan silang ke gawang Chelsea. Arda Turan menyambutnya dengan tandukan yang terkena palang . Tetapi, bola muntah kembali ke Arda Turan untuk membawa Atletico semakin menjauh 3-1.

Jaringan 3-1 untuk Atletico tetap bertahan hingga pertandingan berakhir. Kemenangan itu membuat Atletico mencabar Real Madrid sekaligus memastikan sesama kelab bandar Madrid di Stadium da Luz, Lisbon, 24 Mei akan datang.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code