Ad Code

ABIM nak saman Syarikat Cadbury


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.

Presiden ABIM
Menurut Presidennya, Amidi Abd Manan, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.

Beliau juga menggesa produk Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi segera dikeluarkan dari rak makanan halal serta meminta pihak syarikat memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata insiden itu seolah-olah umat Islam sengaja dipersendakan serta menggesa syarikat Cadbury di ambil tindakan sewajarnya.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code