Ad Code

Setelah Menumpaskan Bayern, Real Madrid Semakin Menghampiri La Decima

Keputusan Liga Juara-juara
Sergio Ramos 
Real Madrid terakhir kali menjulang trofi Liga Juara-Juara adalah pada tahun 2002 setelah di final mengalahkan wakil Jerman, Bayer Leverkusen, dengan skor tipis 2-1. Zinedine Zidane menjadi bintang dalam perlawanan yang berlangsung di Hampden Park, Glasgow, pada 15 Mei 2002, kerana menjaringkan gol cantik untuk membolehkan Madrid merangkul gelaran  kesembilan pertandingan paling berprestij antara kelab Eropah ini .

Tak ada yang menyangka Madrid boleh menang dengan jaringan yang begitu selesa. Selepas menang 1-0 di Santiago Bernabeu pada pusingan pertama, Madrid bermain lebih impresif di Allianz Arena. Empat gol berjaya dijaringkan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti ini ke gawang The Bavarian, melalui jaringan Sergio Ramos dan bintang Cristiano Ronaldo, yang sama - sama menjaringkan dua gol .

Strategi Ancelotti sangat tepat untuk mematikan Tiki - taka Bayern di bawah bimbingan Pep Guardiola. Pertahanan yang kukuh dan serangan balik pantas menjadi senjata El Real sehingga berjaya menumpaskan Bayern .

"Dengan pemain seperti Gareth Bale, Karim Benzema dan Ronaldo, lebih sukar bermain ball possession. Kami harus mencari ruang dan bermain bola ke depan dengan lebih cepat," ujar Ancelotti sebelum perlawanan menentang Bayern .

Apa yang diterapkan Ancelotti ternyata membuahkan hasil. Madrid sudah melewati hadangan Bayern yang merupakan pasukan pilihan untuk membuat sejarah sebagai kelab pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara. Kini, Ronaldo dan kawan - kawan menanti lawan yang akan dihadapi di final pada 24 Mei akan datang di Lisbon. Atletico Madrid atau Chelsea ?

"Saya tidak tahu siapa yang harus dipilih. Di satu sisi Chelsea mempunyai pengalaman, tetapi di sisi lain Atletico Madrid mempunyai semangat yang tinggi dan sedang laparkan kemenangan," ujar Ancelotti merngenai calon lawannya di final nanti.

Tanpa mengira siapa lawannya, Madrid sudah di final. Mimpi selama 12 tahun untuk meraih La Decima kian mendekati kenyataan, dan kesempatan ini tak boleh dipersia-siakan.

"Penting bagi pasukan ini berjaya ke final setelah tiga kali tersingkir di separuh akhir. Kami akan memberikan segalanya untuk ini, tentu saja dengan motivasi yang tinggi," jelas Ancelotti.



Post a Comment

0 Comments

Ad Code