Pesawat Virgin |
Metro TV sebelum ini memberitahu seorang jurucakap tentera udara Indonesia sebagai berkata pesawat itu telah dirampas.
Syarikat Virgin Australia, yang sebelum ini Virgin Blue Airlines, merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar di Australia dan juga yang terbesar mengikut saiz armada untuk menggunakan jenama Virgin.
Sementara itu Jurucakap Polis Irjen Suhardi Alius mengatakan Polda Bali sudah menahan seorang suspek yang cuba merampas pesawat Virgin Australia di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar.
Suhardi menambah, setakat ini tidak dikhabarkan adanya tentangan dari suspek, dan pengendalian masih dilakukan pihak polis setempat.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sebuah pesawat Boeing 777-800 milik syarikat penerbangan Virgin Australia disyaki telah dirampas, dan sejak pukul 14.10 waktu tempatan sudah mendarat di landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai.
Saat ini kedudukan pesawat berada di apron sisi selatan Lapangan Terbang Ngurah Rai dan belum dapat didekati pihak berkuasa sejak pendaratan.
Setelah sempat mengganggu operasi Lapangan Terbang Ngurah Rai, kini dikhabarkan bahawa semua penerbangan dari lapangan terbang itu sudah kembali pulih.
0 Comments