Ad Code

Malaysia melaporkan kematian pertama dari virus MERS di Asia


Virus MERS
Seorang lelaki rakyat Malaysia yang baru pulang dari mengerjakan umrah di Arab Saudi menjadi mangsa pertama di Asia yang meninggal kerana sindrom pernafasan Timur Tengah, manakala Filipina telah mengasingkan seorang pekerja kesihatan yang didapati positif coronavirus yang amat berbahaya tersebut.

Kementerian Kesihatan melaporkan lelaki tersebut kembali ke Malaysia pada 29 Mac lalu dan mula demam panas dan batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas lebih daripada satu minggu kemudian. Lelaki itu, yang berusia 54 tahun dari negeri Johor, meninggal dunia hari Ahad lalu di hospital.

"Siasatan menunjukkan bahawa punca kematian adalah pneumonia teruk akibat MERS - CoV , " kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dengan mangsa melalui Turkish Airlines pada 29 Mac membuat pemeriksaan kesihatan termasuk juga orang-orang yang telah bersentuhan rapat dengan lelaki tersebut.

MERS tergolong dalam keluarga virus yang termasuk kedua-dua selesema dan SARS , yang mengorbankan 800 orang ketika wabak global pada tahun 2003. Ia boleh menyebabkan demam, masalah pernafasan , radang paru-paru dan  kegagalan buah pinggang. Ia pertama kali dikenal pasti pada tahun 2012 di Timur Tengah, di mana kebanyakan kes sejak telah disahkan.

Di Filipina, Setiausaha Kesihatan Enrique Ona berkata pekerja kesihatan Filipina mempunyai ujian darah yang positif bagi virus itu tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.

Lelaki itu mempunyai hubungan peribadi dengan seorang lagi pekerja hospital Filipina yang meninggal dunia akibat virus itu minggu lepas di Emiriah Arab Bersatu. Keputusan ujian darah telah dikeluarkan di UAE selepas dia tiba di Filipina, dan pihak berkuasa serta-merta memaklumkan kepada Kedutaan Filipina .

Lelaki itu telah diasingkan dan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan dia sedang dikesan dan dikuarantin, kata Ona. Mereka juga sedang berusaha mengesan penumpang pesawat yang duduk bersebelahan lelaki tersebut semasa penerbangan ke Manila .

Jabatan Kesihatan berkata ia telah menghantar seorang pakar epidemiologi dan pakar penyakit berjangkit ke UAE selepas kematian warga Filipina di sana dan laporan bahawa enam rakyat Filipina lain didapati mempunyai virus tersebut.

Kementerian Kesihatan Singapura mengarahkan hospital untuk sentiasa berwaspada dalam ujian untuk virus jika pesakit melaporkan masalah pernafasan yang serius dan telah ke luar negara. Kementerian itu berkata kemungkinan kes yang diimport tidak boleh diketepikan berikutan pola perjalanan global.

Pertubuhan Kesihatan Dunia berkata ia telah dimaklumkan 238 kes yang disahkan di peringkat global, termasuk 92 kematian, sejak September 2012.

Walaupun MERS nampaknya tidak merebak dengan cepat antara manusia seperti SARS, tapi ia kelihatannya lebih berbahaya.

Sumber: Yahoo News

Post a Comment

0 Comments

Ad Code