Ad Code

Melaka Gateway Marina bakal membawa kembali zaman kegemilangan Melaka

Tarikan di Bandar Melaka
Sebahagian dari pembangunan yang dicadangkan
Melaka Gateway Marina yang berharga RM40 bilion bakal menjadi kebanggaan negeri dan membawa kembali zaman kegemilangan Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

"Ini akan menjadi mercu tanda bagi satu perjalanan yang jauh, Melaka Gateway akan menjadi kebanggaan Melaka di mana, masa lalu mempersembahkan masa depan," katanya selepas menyaksikan perjanjian usaha sama yang ditandatangani antara Melaka Gateway Marina Sdn Bhd dari Malaysia dan Prometheus Marina and Yacht Services Sdn Bhd yang berpengkalan di Singapura/Malaysia untuk membangunkan Melaka Gateway Marina, di sini, pada petang Jumaat.

Melaka Gateway merupakan sebuah projek nasional oleh KAJ Development bagi pembinaan kluster pulau terbesar di Asia Tenggara dengan kemudahan kediaman mewah pinggiran pantai.

Tarikan di Bandar Melaka
Pandangan artis 

Dengan pembinaan tiga pulau buatan manusia, projek tersebut akan meliputi sejumlah 609 ekar tanah dan 15 km pembangunan tepian air di Selat Melaka.

Ia akan terdiri daripada 15 projek termasuk Malaysia Eye, jalan dengan barisan butik-butik berjenama, pantai matahari terbenam, galeri membeli belah serta terminal feri dan kapal persiaran antarabangsa Melaka serta Melaka Gateway Marina.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Gateway Marina Datuk Michelle Ong ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, projek tersebut telah mendapat minat daripada pelabur dan rakan kongsi di seluruh dunia.

"Kita sedang berada di fasa pertama kini di mana ia merupakan sebuah pulau di mana kerja-kerja penambakan telah bermula. Kami meramalkan menjelang 2020 pulau pertama kami berjaya disiapkan," katanya.

Projek Melaka Gateway ini disasarkan siap sepenuhnya menjelang tahun 2025, kata Ong.

-- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments

Ad Code