Ad Code

Wanita China 60 Tahun Melahirkan Kembar Melalui Rawatan IVF Selepas Anaknya Berusia 29 Tahun Meninggal



Beijing: Seorang wanita China melahirkan anak perempuan kembar pada usia 60 tahun melalui rawatan IVF selepas satu-satu anaknya meninggal dunia.

Wu Jingzhou membawa anak kembarnya selepas dilahirkan pada 2010
Kes yang luar biasa itu menyebabkan dia menjadi individu tertua yang melahirkan anak di negara itu, lapor media kerajaan semalam.

Sheng Hailin, 63, kehilangan anak perempuannya yang berusia lewat 29 tahun akibat kejadian keracunan gas pada 2009, lapor China Daily.

Untuk mengelak kesunyian, beliau dan suami memutuskan untuk mendapat anak lagi ketika usia tua untuk mengelak dari kesunyian.

Sebuah hospital tentera di Hefei, timur China bersetuju untuk memberikan Sheng dan suaminya terapi IVF.

Dia melahirkan Zhizhi, 1.85 kilogram dan Huihui, 1.45 kilogram di hospital berkenaan pada tahun 2010 dan kini kedua-duanya anak kembarnya telah berusia 3 tahun.

Sumber: Daily Mirror

Post a Comment

0 Comments

Ad Code