Ad Code

Internet Terpantas Di Dunia



Semua orang tahu apa yang boleh dilakukan melalui internet dari belajar, bekerja, berhibur dalam macam-macam tidak kisahlah sama ada anda menggunakan gajet mudah alih atau PC di rumah. Tapi tahukah anda 10 negara yang mempunyai internet yang laju di dunia ini?

Berikut adalah senarai 10 negara yang mempunyai internet terpantas hasil kajian oleh penyedia trafik yang popular, Akamai Technologies.

10. Taiwan

Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus. Ia meningkat sebanyak 61% berbanding tahun 2012 dan 22% berbanding suku tahun pertama.

9. Belgium

Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps iaitu peningkatan sebanyak 8.1% berbandinmg suku tahun sebelumnya dan 35% berbanding tahun lepas.

8. Israel

Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps iaitu peningkatan sebanyak 53% berbanding tahun lalu atau 6.4% dibandingkan suku tahun sebelumnya.

7. Switzerland

Popular dengan hub sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps iaitu meningkat 3.9% berbanding suku tahun sebelumnya dan 38% berbanding tahun lepas.

6. Latvia

Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps. Meningkat sebanyak 5.4% dibandingkan suku tahun sebelumnya dan  33 % jika dibanding dengan tahun 2012.

5. Singapura

Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hub serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus. Meningkat sebanyak4.1% dibandingkan suku tahun sebelumnya dan  61 % jika dibanding dengan tahun 2012.

4. Romania

Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan. Walau bagaimanapun ianya menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.6% berbanding suku tahun lepas tetapi masih menunjukkan peningkatan sebanyak 23% berbanding tahun sebelumnya.

3. Jepun

Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Kelajuannya sekarang adalah 48.8Mbps daimana terdapat peningkatan sebanyak of 3.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan 21% berbanding tahun sebelumnya.

2. Korea Selatan

Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps dan ia merupakan peningkatan sebanyak 19% berbanding suku tahun sebelumnya dan 14% berbanding tahun lepas.

1. Hong Kong

Hong Kong masih mengekalkan kedudukannya sebagai negara yang mempunyai capaian internet terpantas dengan kelajuan 65.1 Mbps. Walau bagaimanapun dibandingkan suku tahun sebelumnya ia menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 0.9%, tapi meningkat 32% berbanding tahun lepas.


Berbanding Negara-negara di rantau Asia, Malaysia menduduki ranking ke 8 dengan Average Peak Connection Speeds, 26.6 Mbps dan Average Connection Speeds 3.1 Mbps

Sumber:

  1. Yahoo News Malaysia
  2. Akamai.com


Post a Comment

0 Comments

Ad Code