Ad Code

Singa Putih Tarikan baru di Safari Wonderland, A' Famosa Resort, Melaka

SEBUAH resort di Melaka memperkenalkan anak singa putih jantan dan betina bernama 'Kiko' dan 'Kiki' sebagai tarikan pelancongan.

Pengurus Residen A' Famosa Resort, Khaled Mohammed berkata anak singa yang masing-masing berumur enam dan lima bulan itu diimport dari Afrika Selatan dengan kos RM200,000 dan tiba di resort berkenaan pada 27 Ogos lepas.

Beliau berkata pihaknya sedang merancang untuk melaksanakan program pembiakan singa putih itu dan seterusnya menjadikannya sebagai ikon di Safari Wonderland resort tersebut.

"Anak singa ini hanya didapati di Afrika Selatan dan ia sangat terhad bilangannya. Kita membuat tempahan kepada pihak di sana sebelum dibawa masuk," katanya kepada Bernama.

Khaled berkata satu pertandingan bagi memberikan nama baharu kepada pasangan anak singa tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan orang ramai boleh menyertainya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 136 spesis haiwan di resot itu di kawasan seluas 60.7 hektar. -

Bernama

Post a Comment

0 Comments

Ad Code