Ad Code

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 sesi 2014 mula diagihkan selepas 15 Januari 2014



Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 seorang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi sesi 2014 akan mula diagihkan selepas 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, penyaluran bayaran itu akan dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

bantuan persekolahan-rm100Mana-mana sekolah yang mendapati peruntukan yang diterima kurang daripada jumlah murid/pelajar penerima perlu membuat permohonan tambahan peruntukan berserta penyata bank sekolah dan jumlah wang yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Manakala sebarang pemotongan bantuan tersebut sama kepada mana-mana penerima sekali tidak dibenarkan sama sekali, tegas kementerian berkenaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu Isnin.

Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan sebanyak RM325 juta.

Pada tahun ini, di bawah Bajet 2013 seramai 10,019 murid/pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 menerima pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100.-

Sumber: bnbbc.my

Post a Comment

0 Comments

Ad Code