Ad Code

Pencari kerja mempunyai masa yang sukar dengan peluang pekerjaan yang lebih rendah pada tahun 2013

Walaupun sebelum ini majikan banyak yang bersungut betapa sukar untuk mengekalkan pekerja, tetapi tahun ini sebaliknya pula berlaku di mana pencari kerja mendapati begitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana majikan tidak lagi mengambil pekerja yang ramai kerana kos buruh yang semakin meningkat, seperti mana laporan yang ditunjukkan oleh JobStreet.

Berdasarkan online recruitment agency’s Job Outlook Report 2013, jumlah majikan yang berpendapat prospek peningkatan kerja lebih baik pada tahun semasa berbanding tahun sebelumnya menurun dari 40% kepada 34%.

Walaupun terdapat penurunan sebanyak 6%, JobStreet memberitahu terdapat angka yang "sihat" dimana sebanyak 20,000 kerja kosong direkodkan setiap hari di website mereka sepanjang 2013.

JobStreet mengaitkan hiring rate yang rendah ini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan juga polisi baru Putrajaya termasuk meningkatkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun dan gaji minima sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 di Malaysia Timur.

Tetapi menurut JobStreet.Com, pekerja mahir masih lagi mendapat permintaan tinggi pada tahun 2013, demikian menurut majikan sambil menambah pekerja mahir tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kerja walaupun keadaan ekonomi tidak baik.

Top 10 specialisation untuk 2013 tidak banyak berubah dari tahun sebelumnya melainkan ranking kemahiran yang diperlukan, sementara itu Finance dan Banking menggantikan Human Resources dan masuk ke dalam top 10 list, demikian menurut JobStreet.Com

Sambil menambah sales tetap menjadi job skills yang paling dicari majikan diikuti, Accounting, Secretarial dan Administration, ICT dan marketing.

Laporan Job Outlook ini adalah berdasarkan survey yang dilakukan oleh JobStreet.com mengenai sentiment majikan dan survey ini dilakukan 4 bulan sekali.

Sumber: Yahoo News Malaysia

Post a Comment

0 Comments

Ad Code