Ad Code

Lebih 2,000 pemandu yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap di tahan

Kedai Kopi O

Seramai 2,004 pemandu yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap telah ditahan semasa 'Ops Warta" yang dijalankan di seluruh negara sejak 25 September hingga kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu mereka ini adalah sebahagian dari 51,114 pemandu yang di periksa dalam tempoh tersebut.

Jumlah tangkapan teramai adalah di Johor 760, diikuti Sabah (306), Selangor (167), Perak (160) dan Kedah (23).

Ketua Polis Negara selanjutnya memberitahu pihak berkuasa akan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk memastikan sebanyak 1.7 juta saman tertunggak dilunaskan segera.

Polis akan mengeluarkan waran tangkap terhadap pemandu yang mempunyai lebih dari 4 saman dan gagal untuk membayarnya. Menurutnya lagi sehingga sekarang hanya 30% pesalah lalulintas telah melangsaikan saman tertunggak mereka.

Sumber berita -- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments

Ad Code