Ad Code

Awas Kopi Beracun. Kopi beracun boleh menjejaskan kesihatan.


Senarai KOPI BERACUN dan cara mengesannya

Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.


Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor.

"Kesan sampingan ubat itu sangat berbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.
 

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini semalam.
 

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.
 

Beliau berkata, produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh lemon ais.

-
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai Ubat 'kuat' lelaki mengandungi racun. KOSMO Online 6 Ogos 2011

Cara mengesan produk minuman dicampur racun



Cara yang mudah untuk mengenalpasti minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia ialah harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Imej erotik seperti gambar wanita seksi pula digunakan untuk mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.
   
 

Senarai kopi beracun  

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut:
1. Kopi Asmara
2. Candi 193
3. Extend Up Energy Drink
4. Extremen
5. Extrewomen
6. Goji Guarana
7. Goji Guarana Extra
8. Goji More
9. Goji Yumberry
10.Guara Cafe
11.HBW Ice Lemon Tea
12.Hotton Vitality Candy
13.Ie2 O
14.King Capuccino
15.Knight Cofee
16.Koleksi Cafe Power Plus
17.Kopi Angguk
18.Cafe Abang Yes
19.Kopi Bagus AAA
20.Kopi Pahlawan
21.Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
22.Maca Max
23.Macagin Ginseng Candy
24.Mentalk Candy
25.Nexus MXP
26.Night Cafe
27.Red Enegizer Candy For Men
28.Royal Beverage Maqrifatun
29.Sasanergy Drink
30.Trica Jus
31.Tri-Max
32.True SR,
33.Vigor Candy
34.Vitca-F
35.Vitca-M
36.Winnie Beauty V1
37.XKL Sky Fruit Juice Premix
38.Kopi Super Angguk
39.Candi Gold
40.Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus

Post a Comment

0 Comments

Ad Code