Kopi Radix
Kopi  Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai  pasaran  tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu   banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula   menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada   dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah   ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?
Bagi  menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin  Haji  Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix  satu  kajian”
Apakah itu Radix?
Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan.   Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu   sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.
Kenapa memilih akar/Radix?
Bahagian  yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian  akar. Selain  itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba  yang lain tanpa  memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar  juga berfungsi  untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin,  dan  fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan   keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah,   Air, Api, dan Angin.
Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.
Di  sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” –  Pena  Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh  badan  kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga  bagi  semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah  jantung,  otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ  yang  terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke   seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta   lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.
Jantung  perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan  tugas  penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar  Teja  Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran   darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita.   Insya ALLAH.
Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?
Sesuatu  yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya  bagaimanakah  Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk  menurunkan  kadar glukosa dalam darah?
Mari  kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula  yang  telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses   pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu   keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan   ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah   jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan   menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk   pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah   dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu   keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan   tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit   kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat   buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.
Keadaan  kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik  kepada hukum  keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana   ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin.   Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu   kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah   jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.
Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak             —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah   —– Manis      —– Air
Tongkat Ali    —– Pahit       —– Angin
Testimoni Pengamal Kopi Radix
KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN
”Saya  telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin   berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas   dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan   setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi   123kg.”
 -Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) – Kelantan 
KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini  berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya  beliau  akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu  tengahari.  Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak  mengejutkan  apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan  ternyata  tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini  beliau telah  mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut  beliau  pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”
 -Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) – Kedah KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN
“Alhamdulillah,  dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix  sekali pun saya  salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat  mencubanya sendiri.  Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya  merasakan diri saya  lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi  mengantuk, lebih-lebih  lagi pada waktu tengahari.”
 -Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) – Pulau Pinang KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT
“Saya  mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan.  Kesannya,  saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat  lagi. Saya  telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama  beberapa bulan  dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat  bergerak dengan lebih  aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama  sekali telah hilang. ”
 -Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah
KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG
 
“Saya  telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli.   Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang   selama 3 tahun pun hilang.”
 -Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) – Selangor
KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila  selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih  pada Kopi  Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi  Radix. Pokok  Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok.  Apabila kita  menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara  tidak langsung  ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah  tawar dan tidak  dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh  cuba…… HPA  BOLEH!!!”
 -M. Helmi  (24 tahun) – Selangor KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK
“Sepanjang  menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan  produk-produk yang  saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya  mengamalkan Kopi  Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke  tempat kerja.  Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak  berumur 9  bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup  aktif dan  ketahanan tubuhnya cukup kuat.
 -Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) – Pulau Pinang
KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya  adalah orang yang baru mengenali produk HPA.  Antara barang yang  diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum  saya minum Kopi  Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya  mengalami  sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya  mengamalkan  Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan  sehingga kini  ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat  dan bertambah  ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA…..  wassalam.”
 -Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) – Selangor
KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya  mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan  Omega-3.  Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah  membuang air  besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan  pada hari  ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya  amat  bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat   menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”
 -Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) – Kelantan
BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah,  setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut  berbekam dan  hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak  nafas / nafas  pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di  bahagian  belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang  sudah  sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag  (gastric).  Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes.  Setelah  menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat  dan  segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”
 -Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) – Indonesia
0 Comments