Ad Code

Testimoni Usahawan


PERNIAGAAN HPA merupakan syarikat MLM yang pertama disertai Hafidzan Faudzi, yang berasal dari Rungkup Bagan Datoh, Perak ini menegaskan, pada mulanya persepsi beliau terhadap MLM serupa sahaja. Tidak kira perniagaan berbentuk skim piramid atau pun skim cepat kaya.

"Peluang bersama HPA sangat luas. Antaranya memahirkan ahli dengan kaedah pengubatan, melahirkan ramai usahawan sepenuh masa, mendapat ketenangan dan keyakinan dengan prinsip syariah, peluang mengasah daya kepimpinan serta melebarkan hubungan silaturrahim melalui pembinaan rangkaian.


Beliau menyertai HPA pada tahun 1995 dengan bonus pertama berjumlah RM2.50 sahaja di mana ketika itu beliau bertugas sebagai Pegawai Teknikal di UPM. Setahun selepas itu beliau memiliki stokis dan dinobatkan sebagai Pengurus Stokis Daerah pada tahun 1998, Pusat Jualan sekitar tahun 2004, Pusat Agensi pada tahun 2005 dan mendapat anugerah Pusat Agensi terbaik pada tahun 2006 dan 2007.

Setakat ini, beliau berjaya memiliki rumah teres dua tingkat di Bandar Bukit Mahkota dan di Bandar Baru Bangi dan sebuah kereta Alphard. Dengan anugerah yang diperolehi itulah, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersama HPA secara sepenuh masa mulai tahun 2006.

"Saya mengamalkan produk kesihatan herba dan perawatan sunnah. Melalui testimoni keluarga, Alhamdulillah dengan izin Allah saya mendapat anak lelaki setelah mengamalkan kopi Radix dan kesembuhan anak kedua daripada penyakit psoriasis kulit yang kronik setelah mengamalkan produk HPA dan perawatan daripada pengarah urusan sendiri.

Syed Salahuddin


"Sepanjang 12 tahun menjadi peguam, ke mana-mana pun saya tak pernah pergi kecuali pergi buat haji. Bersama HPA merata-rata tempat saya pergi. HPA sponsor pergi Jakarta, lawatan ke Beijing, buat umrah satu family dan sebagainya. Pada saya, kalau hendakmembuat HPA niat kerana hendak duit, kita akan mengalami masalah. Hendak buat HPA dengan niat hendak bersama dengan umat Islam, mengguna produk halal, atas unsur perjuangan, InsyaAllah akan ada ketenangan. Walaupun bonus kita pada satu ketika turun, kita mengalah, hati kita tidak tenang," ujar bekas peguam syarie ini lagi.

Kebetulan ketika aktif dalam HPA, beliau jatuh sakit. Pernah masuk hospital Yan. Makan ubat yang dibekalkan hospital pun tidak boleh baik. Satu ketika Tuan Haji datang ke rumahnya dalam keadaan beliau mengharapkan Tuan Haji membuat rawatan. Dengan mengambil ubat-ubatan yang disyorkan Tuan Haji, dalam tempoh dua minggu, dengan izin Allah penyakit yang dihidapinya berkurangan.

Menurut Tuan Syed Salahuddin lagi, doktor mengatakan punca penyakit disebabkan beliau sering tertekan dengan kerjaya peguam yang disandangnya. Kesan daripada pembedahan untuk membuang tisu juga boleh menyebabkan beliau lumpuh. Dengan mengamalkan satu set lengkap khusus untuk urat saraf penyakitnya beransur hilang.

Kalau hendak diikutkan minat pada awalnya beliau tidak pernah meminati MLM. Namun, apabila mengkaji dan menilai peribadi dan akhlak Tuan Haji Ismail serta program yang disusun oleh pengarah urusan HPA yang berbeza daripada syarikat MLM yang lain, beliau meneruskan tekad memperjuangkan semangat keislaman di dalam jiwanya sebagai seorang Islam.

Padanya, hendak menjana semangat keislaman di dalam jiwa bukan sekadar untuk membina pendapatan tetapi untuk membina peribadi diri juga sebagai seorang Islam. Dengan adanya wang, setiap daripada kita perlulah membawa wang itu ke arah yang diredhai Tuhan.




Aminah Bte Sam

Niat sebenar beliau pada asalnya menyertai HPA adalah disebabkan ingin membantu dan memajukan syarikat milik orang yang memasarkan produk halal dan bermutu. Apatah lagi HPA menyediakan banyak pilihan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Dalam lebih kurang tiga tahun bersama syarikat lama, saya beralih arah kepada HPA kerana saya melihat HPA tidak sama dengan syarikat MLM lain. Pada saya, HPA bukan sahaja menawarkan produk kesihatan yang berkualiti, malahan tersedia bermacam ilmu dunia dan akhirat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Ketabahannya kian ampuh kerana sepanjang beliau bersama HPA, tidak pernah sekalipun HPA tidak membayar bonus ahli-ahlinya. Sejak menghidap penyakit stroke pada tahun 2003, beliau tidak lagi dapat bergerak aktif merealisasikan impiannya, dengan rendah dirinya beliau bersyukur dengan rezeki kurniaan lllahi. Meskipun bonus menurun, beliau tetap mampu tersenyum lega kerana bonus yang diperolehi mampu menampung kos kehidupannya.

Apa yang saya kagumi tentang HPA ialah kejujuran syarikat, itu yang penting. Sebab dalam pembayaran bonus dan juga insentif-insentif yang ditawarkan pada setiap tahun. Saya adalah salah seorang yang menerima anugerah Ketabahannya kian ampuh kerana sepanjang beliau bersama HPA, tidak pernah sekalipun HPA tidak membayar bonus ahli-ahlinya. Sejak menghidap penyakit stroke pada tahun 2003, beliau tidak lagi dapat bergerak aktif merealisasikan impiannya, dengan rendah dirinya beliau bersyukur dengan rezeki kurniaan lllahi. Meskipun bonus menurun, beliau tetap mampu tersenyum lega kerana bonus yang diperolehi mampu menampung kos kehidupannya. Apa yang saya kagumi tentang HPA ialah kejujuran syarikat, itu yang penting. keluarga cemerlang

"Untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga dan ummah, HPA adalah satu pilihan terbaik sebagai wadah perjuangan untuk membangkitkan ekonomi orang Islam. Tanamkan sifat ikhlas, sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran yang datang. Selebihnya bertawakal dan behstiqomah kepada Allah,"


Mohd Ramizu Zakaria

Ramizu.jpg


"Perniagaan HPA adalah sebagai bahtera harapan kepada perjuangan ummah khususnya di dalam bidang ekonomi dan pemakanan halal lagi suci. Bagi saya peluang yang disediakan oleh HPA ini, sangat bernilai dan bermakna sekali buat mereka yang ingin berbakti kepada masyarakat Islam. Saya sendiri pun pada peringkat awal penglibatan di dalam HPA tidak pernah terbayang bahawa saya akan berjaya sebagaimana sekarang. Namun, kerana keyakinan bahawa Allah akan membantu bagi sesiapa yang berusaha. Peluang untuk seseorang itu berjaya di dalam HPA adalah sangat cerah dan mudah dicapai serta diperolehi cuma memerlukan keikhlasan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi," ujar Mohd Ramizu bin Abdullah ini.

Beliau menjelaskan, sebelum menyertai HPA, sekalipun tidak pernah beliau melibatkan diri dengan perniagaan MLM kerana katanya tidak berminat dengan segala aktiviti perniagaan apatah lagi perniagaan yang memerlukan untuk menaja orang lain. Pada pandangannya sebelum menyertai HPA ini, semua syarikat MLM sama saja iaitu satu bentuk perniagaan yang menyusahkan dan sangat membebankan serta susah mencipta kejayaan.

Namun, beliau menyedari bahawa perniagaan HPAbukan hanya mengajak para pengedarnya mengejar laba di dunia semata-mata malahan menjadikan perniagaan ini sebagai jalan menuju laba di akhirat kelak meskipun sedar pelbagai cabaran yang bakal menanti.
Segala usaha gigihnya selama ini, membuahkan hasil yang sangat lumayan dan memberangsangkan. Namun, baginya kejayaan memperolehi pendapatan lumayan bukanlah ukuran sebenar, kejayaan sebenar adalah selain menjadi pengamal perubatan herba, kita turut menghidupkan konsep perniagaan yang berteraskan keislaman itu sendiri.

Ahmad Shaffik Mohamad


KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa ini tepat sekali ditujukan kepada PJS Ahmad Shaffik Mohamad apabila diperkenalkan mengenai HPA oleh ibunya sendiri iaitu PJS Hajah Aminah Sam. Menjadi ahli HPA sejaktahun 1998 hanya sebagai pengguna dan pengamal produk HPA sahaja. Satu perkembangan yang menarik di mana walaupun tidak aktif bemiaga, beliau sentiasa mengikuti perkembangan dan sering mendapatkan maklumat berkaitan HPA

"Sebelum bersama HPA, untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan jualan langsung, saya ada menyertai beberapa syarikat MLM dan SLM yang sekadar bermatlamat keuntungan ringgit semata-mata. Berbeza dengan HPA, leader-leader akan dididik bukan hanya sekadar untuk mengejar dunia, malahan kejayaan akhirat diutamakan. Di HPA, ada silaturrahim yang erat, perawatan rohani dan jasmani, pendidikan, perniagaan, perjuangan dan dakwah.

Dalam masa yang singkat sahaja, beliau telah berjaya mencapai pangkat PJE. Pada tahun 2005 pula, beliau dianugerahkan pangkat PJS dan top ten (ke 10), Pengarah Jati Emas, keluarga cemerlang, manakala anugerah top 20 (ke 14), Pengarah Jati Emas terbaik dan pelancongan ke Iran diperolehi pada tahun 2007. Tahun 2009 pula menerima anugerah Pengarah Jati Intan dan insentif umrah.
Di samping itu, beberapa aset lain yang berjaya dimiliki seperti rumah teres, banglo, semi-D serta dapat menunaikan zakat pendapatan yang diwajibkan (mencecah empat angka) bagi membantu umat Islam yang memerlukan.

Untuk meningkatkan taraf ekonomi, keluarga dan ummah, HPA adalah satu wadah perjuangan untuk membangkitkan ekonomi umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk menyampaikan dan menyedarkan masyarakat tentang jaminan halal produk HPA berbanding produk di pasaran 90 peratus adalah'syubhah' iaitu boleh diragui status halalnya.

DR. MOHD YUSOF



Faktor ekonomi bukan yang pertama kerana pada saya gaji dan elaun sebagai doktor sudah lebih dari mencukupi. Akan tetapi, ada sesuatu yang terkesan di jiwa apabila sahabat saya Mohamad 
Jan datang ke Brunei khusus untuk menceritakan tentang perubatan herba alami. Saya dimaklumkan setiap pekerja HPA memulakan tugas dengan solat dhoha, bacaan Al-Quran dan tazkirah setiap pagi.

Apatah lagi dengan peluang yang sungguh banyak yang disediakan oleh HPA. Antaranya tiga peluang untuk dunia dan akhirat iaitu kesihatan, produk halal dan ekonomi. Justeru itulah wadah perjuangan HPA tidak dapat ditandingi mana-mana MLM sehingga kini.

HAJI MARJUNI



PERJUANGAN saya bukan kerana wang. Pada says yang penting, pemiagaan yang saya jalankan itu ada produk yang berkualiti dan paling mustahak jelas halal dan haramnya. Oleh kerana itulah setiap usahawan MLM lain yang hendak menaja saya, saya mengelak dengan seribu alasan,

Beliau tidak pernah ada pengalaman di dalam MLM. Menurutnya, kebanyakkan MLM menekan ahli-ahlinya dengan harga yang tidak sepadan dengan produk. Pada tahun 2000 ketika HPA mengalami zaman penurunan dahulu, beliau pernah ditawarkan ganjaran yang sangat lumayan oleh sebuah syarikat namun, beliau menolak dengan baik.

Ketika menyertai HPA pada tahun 1996 dengan nombor ahli 6999, beliau sebenarnya mengalami sakit asma yang kronikyang manadoktoryang merawatnya mengatakan ubat yang paling kuat diberikan tidak memberi sebarang kesan. Beliau terpaksa menggunakan inhaller untuk meredakan penyakit Asmanya itu.

Namun, setelah diperkenalkan oleh PJS Haji Zainal Ahmad mengenai produk-produk HPA khusus untuk penyakit yang dideritainya itu, beliau sembuh sepenuhnya. Beliau nampak peluang yang cukup luas dalam HPA. Apatah lagi dipantau pula oleh 12 ahli panel syariah. Keterujaannya kian jelas apabila wujud beberapa program dan restoran seperti RFC, PIZZA, program HERBALIS dan INTIBAH. Beliau merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program INTIBAH (Institut Latihan Herba AlWahida)

Haji Marjuni turut berpengalaman bekerja dengan kerajaan selama 33 tahun. Jawatan akhir sebagai CC dalam JKR, pendapatan yang diperolehi jauh lebih rendah berbanding bonus HPA yang berlipat kali ganda. Bonus PJS sahaja telah menyamai gaji bulanannya selama bekerja 33 tahun.


Syed Agil 



Menceritakan detik awal menceburkan diri di dalam pemiagaan HPA ini, beliau menjelaskan sanggup berhenti kerja semata-mata kerana terpaut pada konsep pemiagaan HPA yang diasaskan oleh Tuan Haji Ismail yang amat disegani ramai itu. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA.

Ramai dari kalangan rakan-rakannya mengatakan beliau tersilap langkah dan 'sudah gila'. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup dilepaskan. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas dalam membuat keputusan, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang lagi

Beliau mula menceburkan diri bersama HPA pada bulan Ogos tahun 2006. Meskipun di awal penglibatannya, beliau tidak pernah mempercayai bisnes rangkaian MLM ini. Namun, lama-kelamaan keyakinan beliau bertambah dan nampak peluang yang terhidang di hadapan mata.

Kesan daripada Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), pada Oktober 2006 di Sungai Petani telah menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk memperjuangkan produk Islam dan bergelumang dengan dunia pemiagaan barunya dalam HPA.

Beliau juga merupakan motivator muda yang sentiasa optimis dalam berkongsi inspirasi dan idea-idea baru bagi menyumbangkan kemahiran untuk melahirkan gagasan usahawan HPA yang celik ilmu. Kerja kerasnya dalam melebarkan jaringan sehingga tersebar jauh sehingga ke Singapura, Indonesia dan Brunei seharusnya menjadi contoh dan ikutan pelapis-pelapis muda seandainya mereka ingin memilih untuk berada di landasan yang sama.

ALIMAH SAM

 


PERSEPSI untuk bergelar jutawan bukan lagi mutlak kepada mereka yang berpengalaman, berkarier ataupun memegang status tertinggi sesebuah organisasi. Hari ini berbekalkan usaha gigih dan kesungguhan, suri rumah sepenuh masa juga mampu meraih kejayaan besar setaraf jutawan.

"Saya menyertai HPApadatahun 1996. Ketika itu HPAmasih lagi single level dan saya hanya menjadi pengguna biasa. Memandangkan saya suri rumah sepenuh masa, maka upline saya iaitu Hajah Aminah Sam yang banyak mendorong saya untuk memulakan perniagaan dengan HPA.

"Saya lihat kebanyakkan produk MLM sangat mahal dan tidak ada pun jenama orang Islam tetapi apabila melihat produk muslim keluaran HPA yang mempunyai ciri-ciri Islamik, saya jadi bertambah yakin kerana inilah produk yang dicari-cari oleh orang Islam. Walaupun pada masa itu saya seorang yang buta MLM.

"HPA sekarang semakin berkembang maju. Dari perusahaan di bawah rumah meracik herba hingga ke kilang bertaraf GMP, suatu kejayaan yang tidak dijangkakan.


Che Abd. Rahman

 


Bercerita mengenai penglibatannya bersama-sama HPA, Haji Che Abd Rahman merupakan pengamal Resdung bersama Teh Herba keluaran HPA padatahun 1996. "Ketika itu saya menghidapi penyakit resdung yang sangat kronik. Saya menemui produk tersebut secara tidak sengaja dan setelah kerap mengamalkannya, Alhamdulillah penyakit saya beransur-ansur pulih," katanya.

Lantaran beliau mempunyai minat dalam perniagaan mendorong Haji Che Abdul Rahman membeli dan menjual produk ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

"Setelah memperoleh keyakinan, dalam masa beberapa saya memohon sebagai Pengurus Stokis ini, menjual dan memperolehi pendapatan sebanyak RM 50,000 sebulan," jelas beliau yang berhasrat untuk meneruskan perniagaan bersama HPA.


Muhammad Iwan (Indonesia)
                                          
 


Pada bulan Mei 2000, beliau menyertai HPA. Walaupun beliau bukanlah ketua di HPA, beliau bersemangat mengekalkan prestasinya dan menjadi yang terbaik daripada ahli-ahli yang HPA yang lain. Pada awalnya pendapatan beliau sebanyak 500.000Rp, tetapi lama-kelamaan beliau mencapai 1 juta Rp dalam sehari.

Atas usaha dan kerja kerasnya, beliau mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda dari apa yang diimpikan. Syukur kepada Allah SWT dan kesemua pejuang dakwah HPA yang banyak memberi galakkan kepadanya. Keluarganya memberikannya galakkan yang paling utama sehingga beliau berjaya meraih prestasi sebegini. Beliau tidak berpaling lagi untuk terus memperjuangkan produk halal

Post a Comment

0 Comments

Ad Code