Ad Code

Salah faham PROTON dan ASEAN NCAP - Pengguna dapat pemasangan percuma fitmen keselamatan untuk model Saga

Proton Holdings Bhd mengumumkan bahawa terdapat salah faham dengan  ASEAN NCAP dan ‘mengakui kesilapan’ telah membuang salah satu fitmen keselamatan pada model Saga sedia ada. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata 'top tether' dan lebih daripada 10 komponen peningkatan keselamatan yang lain telah dipasang untuk ujian NCAP ASEAN pada tahun 2013.

"Peningkatan dan 'reinforcements" ini membolehkan kereta ini mendapatkan penarafan tiga bintang apabila ia telah diuji pada tahun 2013.


Disebabkan ‘ketiadaan elemen berkenaan pada model Saga sedia ada’, Proton berkata, “Fitmen terbabit bukan satu keperluan peraturan untuk OEM bagi dipasang di dalam kereta ketika ujian dilakukan. Walau bagaimana pun, kami telah mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan syarat-syarat lain yang diperlukan untuk negara ini. Namun kami terlepas pandang untuk memaklumkan kepada ASEAN NCAP mengenai fitmen penambat salah satu bahagian keselamatan pada model Saga yang diperkatakan ini.”
Menurut Proton, penambat bahagian terbabit sebenarnya tidak memberikan kesan keselamatan pada Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), kerana ia bertujuan untuk pemasangan kerusi kanak-kanak dengan mekanisme terbabit. Walau bagaimana pun, kerusi keselamatan kanak-kanak masih boleh dipasang secara normal dengan menggunakan tali pinggang keledar seperti biasa.
Sehubungan itu, Proton kini menawarkan para pelanggannya pemasangan percuma fitmen penambat tersebut kepada pemilik kereta Proton Saga semasa.
Pelanggan dinasihatkan menghubungi Penjagaan Pelanggan Hotline 1 800 888398 atau e-mel customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan di cawangan terdekat mereka.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code