Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, mengaku muak menjawab soalan tentang penampilan Wayne Rooney selepas berakhirnya perlawanan derbi di Old Trafford yang berkesudahan seri tanpa gol.
Rooney, yang hanya mampu menjaringkan dua gol dalam sembilan perlawanan Premier League musim ini, kelihatan sangat kesulitan dalam pertemuan melawan City. Ini membuat para wartawan mempersoalkan keputusan pengurus mengapa memilih kapten berusia 30 tahun tersebut sebagai penyerang utama.
Memang, statistik Rooney dalam pertemuan ini sangat buruk. Bermain sebagai penyerang tunggal, bekas bintang Everton ini hanya mampu melepaskan satu tembakan tidak tepat sasaran dan dia harus menunggu hingga minit ke-70 untuk membuat sentuhan pertama dan satu-satunya di kawasan penalti lawan.
Dan pertanyaan pertama yang keluar dari wartawan adalah mengenai Rooney yang membuatkan Van Gaal merungut.
"Saya perlu bercakap setiap minggu tentang Rooney, mengapa?" ujar pengurus asal Belanda tersebut seperti dilapor media-media di Inggeris.
"Anda mempunyai pendapat anda, tulislah. Saya tidak mahu memberikan jawaban soal Wayne Rooney. Saya muak dengan soalan-soalan itu," tambahnya.
0 Comments