Lebih dari 260 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda timur laut Afghanistan dan Pakistan.
Getaran gempa bumi berkekuatan 7,5 SR itu juga terasa di India utara dan Tajikistan.
Paling tidak, 12 mangsa merupakan murid perempuan di Afganistan yang tewas kerana terimpit pada saat mereka cuba keluar dari bangunan sekolah.
Gempa bumi itu berpusat di kawasan pergunungan Hindu Kush, 76 kilometer di selatan Faizabad. Demikian menurut laporan USGS.
Jumlah korban dijangka akan terus meningkat kerana kawasan yang paling teruk terjejas merupakan kawasan yang terpencil dengan komunikasi yang terganggu.
Sunnatullah Timour, seorang juru bicara bagi gabenor di Wilayah Takhar, Afghanistan, memberitahu BBC bahwa selain mangsa di sekolah para murid itu, 25 murid lain cedera kerana terpijak.
Mangsa yang terkorban dan cedera juga telah dilaporkan di Wilayah Nangarhar, Badakhshan, dan Kunar, dengan sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh.
Di Pakistan, angka korban telah mencapai sekurang-kurangnya 214 orang di kawasan pergunungan di bahagian utara negara tersebut.
Sebahagian besar daripada mangsa berada di wilayah Malakand di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Sumber: Kompas
0 Comments