Kuala Lumpur: Masers Energy Inc yang mewakili Malaysia
menerima Anugerah Teknologi Inovatif Frost & Sullivan di atas komitmen
teknologi dan inovasi yang berkualiti, baru-baru ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Suhaimi
Abdul Rahman berkata, pihaknya berbangga untuk menerima anugerah bertaraf dunia
dan membawa nama Malaysia sebagai pembekal Inovatif Teknologi Terbaik.
“Saya amat gembira dan berpuas hati kerana usaha gigih saya
selama 12 tahun akhirnya terbalas apabila mengenggam anugerah ini. Saya
mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang terus memberi sokongan berterusan kepada
syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Keputusan untuk menyampaikan anugerah kepada Masers Energy
Inc berikutan keputusan penyelidikan dan analisis dilakukan oleh pemimpin Frost
& Sullivan yang mengiktiraf usaha syarikat dalam kepimpinan, kualiti dan
kecemerlangan.
Menurut Frost & Sullivan, Masers Energy Inc adalah ikon
kepada komitmen dalam kepimpinan, teknologi, inovasi dan menjadi ikutan kepada
syarikat lain. Anugerah berkenaan turut disampaikan kepada syarikat lain di
seluruh dunia bagi mengiktiraf pencapaian dalam kualiti dan kecemerlangan.
Masers Energy yang diperbadankan pada 2003, kini adalah
syarikat penyedia penyelesaian grid pintar yang menawarkan teknologi rangkaian
pintar menggunakan teknologi terkini di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
- See more at:
http://www.hmetro.com.my/node/45620#sthash.YWbvm8jP.dpuf
0 Comments