Xiaomi |
Model Redmi 1S bakal dijual bulan depan pada harga kurang RM500, sekaligus membariskannya dengan produk seperti Zenfone 5 (ASUS) dan Huawei Honor 3C yang kesemuanya diletakkan dalam kategori kelas pertengahan.
Redmi 1S adalah sebuah peranti mampu milik dengan spesifikasi lebih rendah dari Mi3. Redmi 1S juga adalah naiktaraf dari model sebelumnya iaitu Redmi 1. Antara peningkatan Redmi 1S dari model sebelumnya termasuk penggunaan CPU Snapdragon 400 4-teras 1.6GHz berbanding CPU Mediatek serta memori dalaman dipertingkat dari 4GB kepada 8GB.
Selain itu, Redmi 1S dilengkapi RAM 1GB, skrin IPS HD sebesar 4.7-inci beresolusi 720p dengan kepadatan 312 ppi, menyokong dwi-sim, memori kad mikroSD dan bateri 2000mAH yang boleh ditanggal. Kamera utama Redmi 1S menangkap gambar 8MP dan video 1080p manakala kamera depan 1.3MP.
Redmi 1S akan datang dengan antaramuka MiUi ver 5 dan hadir dengan ciri khas mod-Lite, fungsi yang menukar antaramuka ke butang besar yang mudah ditekan, sesuai untuk pengguna veteran.
Sumber: Yahoo
0 Comments