Ad Code

Kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di jangka tahun ini

kekosongan jawatan perkhidmatan awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

"Kebanyakan kekosongan di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mahmood berkata SPA akan sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik dalam perkhidmatan awam bukan sahaja memiliki kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi juga mempunyai kualiti teras antaranya cepat dan tepat, serta produktif, kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu calon-calon yang berminat menyertai perkhidmatan awam dipelawa menyertai seminar dan kursus Tip Panduan bagi Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan di seluruh negara bermula esok, kata beliau. - BERNAMA

Post a Comment

0 Comments

Ad Code