Ad Code

Seri dengan Crystal Palace - Impian Liverpool semakin pudar

Luis Suarez tak dapat menahan sebak
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui gelaran Liga Perdana adalah milik Manchester City selepas pasukannya menyerahkan kelebihan tiga gol dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas hanya seri 3-3 dalam perlawanan mendebarkan di Selhurst Park malam tadi.

Walaupun Liverpool masih mempunyai peluang tipis merangkul kejuaraan pada hujung minggu terakhir musim ini, Rodgers berkata beliau percaya City akan menjadi juara England buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas pasukannya gagal memenafaatkan kelebihan 3 gol dalam permainan penuh dramatik.

Gol yang dicetak Joe Allen (18), Daniel Sturridge (55), dan Luis Suarez (55), dibalas gol Damien Delaney (79) dan Dwight Gayle (81, 88).

Kegagalan menang semakin menyakitkan bagi Liverpool, apatah lagi mereka mendominasi perlawanan.

Dengan satu baki perlawanan, Liverpool hanya unggul satu mata dari pesaing terdekat, Manchester City yang masih mempunyai dua perlawanan. Melihat kepada skuad City dan lawan yang akan City hadapi, Aston Villa dan West Ham, Liverpool memang harus bersedia untuk kemungkinan terburuk.

Luis Suarez ternyata begitu kecewa dan langsung menangis ketika wisel berbunyi panjang. Masuk gelanggang sebagai pemain terbaik Persatuan Wartawan Bola Sepak Inggeris (Football Writers 'Association, Suarez melepaskan sejumlah tendangan, yang seharusnya boleh membuahkan lebih dari satu gol dan membawa The Reds menang.

Suarez begitu kecewa hingga pelukan dan kata-kata semangat dari Steven Gerrard tak membuatnya menurunkan baju yang ditutupkannya ke wajahnya. Padahal, jika ada pemain yang paling menginginkan gelaran juara Premier League, sepatutnya adalah Gerrard. Selama 27 tahun menjadi warga Anfield, Gerrard telah meraih segalanya kecuali gelaran Liga Perdana Inggeris.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code