Ad Code

Khasiat Kopi Dan Manafaat Untuk Kesihatan

Photo used under Creative Commons from viZZZual.com
Ramai yang berpandangan negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi.Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang sebenarnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.

Dalam satu rencana yang diterbitkan dalam laman web kesihatan iaitu laman Coffee and Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) membuktikan terdapat perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Antara beberapa manafaat minum kopi aalah seperti berikut:

1. Merendahkan Risiko Kanser Prostate

Kajian menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.

“Setelah melihat semua data pada pesakit kanser prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health.

Kopi menjadi pelindung ketara kepada kanser prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang meminum kopi 3 cawan sehari risiko kanser prostat yang membunuh berkurang 29% dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat kanser prostat berkurang sebanyak 60%.

Dan apa yang mengejutkan, bahan kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko kanser prostat itu menurun. Kajian ini diterbitkan secara online di Journal of the National Cancer Institute.

2. Manfaat Kopi untuk Mencegah Kanser Kulit

Kajian yang dilakukan di Universiti Rutgers di New Jersey Amerika Syarikat mengukuhkan sebuah teori yang menunjukkan bahawa kafein merupakan penghalang dari kanser kulit kerana boleh menghalang enzim protein dalam kulit atau sering disebut ART. Saintis yang melakukan kajian ini mendapati bahawa serbuk kopi yang oles langsung di kulit boleh menghalang sinar UV yang mencetuskan kanser kulit.

3. Manfaat kopi untuk Revitalisasi Kulit

Kulit kering akan dapat kita atasi dengan manfaat kopi sebagai pengelupas sel kulit mati dan menggiatkan kulit tanpa membuatnya menjadi lebih kering. Salah satu manfaat kopi yaitu memiliki sifat anti penuaan yang dapat mencegah masalah kulit tersebut. Caranya adalah ambil 3 sudu teh serbuk kopi halus lembut dicampur dengan 1 sudu teh susu dan dibuat menjadi pasta. Ambil pasta tersebut dan sapukan ke wajah sebagai scrub. Pijatlah seluruh area wajah secara perlahan-lahan dalam gerakan melingkar kemudian biarkan pasta tersebut sampai kering. Setelah pasta mengering bilaskan wajah anda dengan air sejuk. Lalu keringkan wajah dengan tuala lembut dengan cara ditepuk-tepuk.

4. Manfaat kopi untuk maskara

Serbuk kopi yang campur dengan coklat, susu tepung dan molases untuk maskara muka akan membantu mengangkat dan mengencangkan kulit yang kendur. Membersihkan wajah dan tidak kurang sebagai krim anti biotik. Memang, selain kopi anda perlukan bahan-bahan lainnya.

5. Manfaat kopi untuk mencegah kebotakan

Menurut kajian ahli dapat disimpulkan bahawa kopi ternyata juga sangat bermanfaat untuk kulit kepala serta bagus untuk rambut. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi boleh mencegah rambut mengalami keguguran. International Journal of Dermatolog menunjukkan bahawa kandungan kafein pada kopi dapat merangsang pertumbuhan folikel kecil di kulit kepala pada lelaki yang mula mengalami keguguran rambut. Menurut para penyelidik, diperlukan losyen topikal yang kaya kafein yang nantinya dioleskan pada kulit kepala untuk menyekat kesan daripada DHT yang buruk dan merosakkan. Kerana pada umumnya masalah kebotakan pada lelaki adalah akibat kerana folikel rambut terpapar oleh DHT terlalu banyak. Caranya campurkanlah 2 kuning telur, 1 sudu rum, dan 2 sudu air suam, lalu tambahkan 1 sudu serbuk kopi dan minyak sayur, dan kacau hingga rata. Setelah rata oleskan masker tersebut ke rambut dan diamkan selama 5 minit dan bilas dengan air hangat.

6. Manfaat kopi untuk body message

Campurkan kopi dengan koko butter atau mentega biasa, ini akan menjadi campuran urut yang ideal dan ashik. Resipi ini apabila diaplikasikan bagus untuk kulit dan dapat menghaluskan kulit anda. Memelihara kulit anda, melembabkan dan mencegah kedutan inilah salah satu manfaat kopi.

7. Manfaat kopi untuk Manicure Dan Pedicure

Ini dia manfaat kopi yang sering terlupa, atau bahkan jarang yang mengetahuinya. Serbuk kopi aromatik sangat mujarab dalam merawat tumit retak dan siku yang hitam. Gosokkan pasta dan pijatlah selama beberapa minit akan menghapuskan kotoran yang ada di kawasan tersebut dan membuat kulit menjadi halus.

8. Manfaat Kopi Untuk Melangsingkan dan Menghaluskan tubuh

Pertama-tama berus badan anda dengan menggunakan sebuah berus khas tubuh. Balurkan kopi yang ditumbuk kasar ke seluruh bahagian badan dan gosok perlahan sebagai scrub. Di India, kebiasaan ini dipercaya dapat melangsingkan tubuh apabila kegiatan ini dilakukan secara teratur, kerana kandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh menghancurkan sel lemak.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code